Beznau Nuclear PowerPlant – Stesen Janakuasa Nuklear Tertua Di Dunia
Setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua, kekuatan nuklear berkembang secara pesat dengan senjata nuklear oleh negara negara yang besar seperti Rusia. Ujian pertama tenaga nuklear telah dilakukan di X-10 Graphite Reactor di Makmal Oak Ridge di Tennessee pada tahun 1948.
Stesen janaelektrik tenaga nuklear berskala penuh pertama terletak Obninsk di Kesatuan Soviet yang dibina pada tahun 1954. Tetapi stesen ini telah ditutup setelah 48 tahun beroperasi, jadi apakah Stesen Janaelektrik nuklear tertua di dunia yang masih beroperasi?
Jawapannya adalah Stesen Janaelektrik Tenaga Nuklear Beznau
Stesen ini terletak di Beznau iaitu di Switzerland Utara yang mendapat pengiktirafan sebagai Stesen Janaelektrik tenaga nuklear tertua yang masih beroperasi sehingga kini.
Pembinaan stesen bermula pada tahun 1965 dan Beznau 1 memulakan proses menjana kuasa pada 1 September 1969, dengan Beznau 2 menyusul pada tahun 1972. Ia mempunyai dua reaktor air bertekanan (PWR) yang dibina oleh Westinghouse dengan kapasiti masing-masing 365MW, dengan jumlah kapasiti 730MW dan mampu menghasilkan tenaga 6000 gigawatt-jam (GWh). Kilang ini dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat swasta Switzerland, Axpo Holdings.
Kemalangan
Walaupun telah lama menjanakuasa tenaga, Beznau tidak bernasib baik dan tidak terhindar daripada kemalangan. Menurut Inspektorat Keselamatan Nuklear Persekutuan Switzerland, terdapat 91 insiden keselamatan nuklear antara 1995 dan 2014. Namun 86 daripadanya berada di tahap O pada Skala Acara Nuklear Antarabangsa (INES), yang paling teruk pada skala. Empat berada di tahap 1 dan 1 pada tahun 2009 iaitu tahap 2, ketika dua pekerja di kilang tersebut terdedah kepada tahap radiasi yang “melebihi limitasi”.Selepas pembukaan semula, empat insiden dicatatkan pada tahun 2018.