Apakah Itu Dandang (Boiler) Dan Bagaimana Ia Berfungsi (Basic)?

Dalam artikel ini, kita akan mengenali apa itu dandang industri (industrial boiler) dan bagaimana dandang berfungsi. 

The Importance of Industrial Boiler Water TreatmentPertama sekali, mari kita mengenali konsep haba. Haba ialah penting dalam kehidupan sehari-hari seluruh manusia. Haba digunakan untuk menghangatkan persekitaran kita dan haba membolehkan makanan dimasak. Kita semua menggunakannya pada suatu tahap di dalam aktiviti harian kita.Air dan stim merupakan pembawa haba yang baik dan tidak menyebabkan kerosakan pada persekitaran kita. Takat didih air pada tekanan atmosfera ialah 100°C or 212°F. Dengan memberikan tekanan pada sistem didih melalui pengedap kedap udara, kita sebenarnya boleh meningkatkan takat didih. Inilah caranya periuk tekanan berfungsi. Ianya seperti sebuah bekas kedap udara yang meningkatkan tekanan untuk meningkatkan takat didih. Ini membuatkan makanan dapat dimasak dalam masa lebih singkat dibandingkan dengan jika periuk biasa digunakan. Jadi bagaimana ini dapat dibandingkan dengan dandang industri?

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana sesebuah dandang industri berfungsi?

Why is My Boiler Letting Out Steam? A Pittsburgh Tech AnswersUntuk permulaan, dandang industri dapat menahan tekanan dengan lebih tinggi berbanding dengan periuk tekanan.

Sistem dandang industri selalunya diperbuat dengan mengimpal plat keluli tebal di mana  membuatkan tekanan yang sangat tinggi dapat diwujudkan.

Dandang industri perlu dihasilkan sangat teguh untuk menahan tekanan yang tinggi. Jika gagal, boleh menghasilkan daya seperti bom yang meletus!

Fungsi sesebuah dandang ialah untuk menghasilkan antara air panas atau stim.

Dandang air panas memanaskan air dengan tujuan domestik atau pemanasan komersial dan juga untuk bekalan air panas.

Dandang stim menghasilkan stim untuk menguasai turbin untuk penghasilan kuasa dan untuk  penggunaan dalam berbagai industri penggunaan haba yang lain.

Untuk mengvisualisasikan kesan penghasilan stim dengan menggunakan dandang, bayangkan stim yang menguasai sebuah turbin. Apabila stim tersebut melalui bilah-bilah sesebuah turbin, kuasa tersebut membolakkan bilah dan memecutkan turbin.

Stim mempunyai kuasa yang sangat besar, oleh itu stim membuatkan turbin menjadi efisien. Bergantung kepada bahan api yang digunakan untuk mendidihkan air, stim boleh menjadi efisien dalam aspek tenaga juga.

Apakah jenis-jenis dandang yang berbeza?

Terdapat beberapa jenis dandang yang berbeza untuk penggunaan yang berbeza.

Kami akan memaparkan beberapa jenis dandang yang berbeza, termasuklah bagaimana setiap kaedah dapat menghasilkan haba, agar anda dapat mengenalinya, dan mengenalpasti kesemuanya dengan tepat.

 

  1. Dandang Tiub-Api( Fire Tube )

Dandang tiub-api kebiasaanya mempunyai:

-Relau

-Tangki air sebagai dandang

-Cerobong asap

Terdapat tiub-tiub yang melalui tangki air dengan membawa haba dari relau. Cerobong asap melepaskan haba dan gas-gas yang yang disebabkan oleh kesan pemanasan. Ini adalah supaya tekanan tidak terus-menerus naik melebihi tahap yang dikehendaki.

Bahan api tersebut dibakar di dalam relau. Tiub-tiub tersebut memindahkan haba relau melalui air di dalam tangki. Sebaik sahaja dihangatkan, stim yang dihasilkan akan bergerak menerusi hilir.

Dandang tiub-api cenderung untuk menjadi dandang paling murah untuk dihasilkan, oleh sebab dandang tersebut mempunyai binaan yang tidak rumit tetapi terhad kepada penggunaan tekanan rendah hingga sederhana sahaja disebabkan oleh ketebalan petala luaran (outer shell) yang mengandungi air.

Difference Between Fire Tube Boiler and Water Tube Boiler [With PDF]

  1. Dandang Tiub-Air (Water Tube)

Mari kita lihat dandang tiub-air pula.

Rekaannya agak serupa dengan dandang tiub-api, tetapi relau tidak menghangatkan tiub api untuk memanaskan air di dalam tangki, sebaliknya relau menghangatkan tiub air di dalam relau tersebut.

 Dengan cara yang serupa, sumber bahan api dibakar di relau, menyebabkan tiub air di dalam menjadi hangat. Sekali lagi, apabila air tersebut mendidih, stim dihasilkan akan menuju ke hilir.

Dandang tiub-air adalah lebih efisien dari aspek termal daripada sebuah dandang tiub api tetapi lebih kompleks untuk dibina. Kualiti air juga boleh menjadi faktor terhad.

Air tersebut mungkin memerlukan proses penapisan untuk beroperasi pada tahap paling efektif.

 

Mana satukah jenis bahan api yang digunakan dandang?

Pembakaran adalah proses membakar sumber bahan api. Untuk menghasilkan sebuah reaksi, bahan yang diperlukan adalah sumber bahan api, haba dan agen pengoksidaan.

Dandang boleh direka untuk membakar bahan api yang spesifik dengan menggunakan kiraan berbagai teknologi yang berbeza. Walaubagaimanapun, komponen utama yang perlu diambil kira ialah sumber haba, atau juga dikenali sebagai bahan api.

Bahan api tersebut ialah salah satu aspek paling penting sesebuah dandang kerana ia merupakan bahan yang dibakar di dalam dandang untuk menghasilkan haba.

Terdapat beberapa jenis sumber berbeza yang boleh digunakan.

Batu arang ialah sumber bahan api yang standard. Di dalam penggunaan dandang industri, batu arang cenderung dikisarkan menjadi serbuk halus kerana dapat membakar lebih sekata dibandingkan dengan bata tradisional.

Elektrik dapat digunakan sebagai sumber haba, sama ada melalui rintangan gegelung haba atau unit elektrod. Elektrik kebiasaannya hanya digunakan untuk kegunaan komersial secara kecil-kecilan atau domestik.

Pengunaan jenis elektrod memerlukan kualiti air yang lebih tinggi dan kekonduksian untuk bekerja dengan efektif.

Penyelenggaraan ialah kunci kepada penggunaan jenis elektrod juga, kerana pembersihan penebat diperlukan untuk mengelakkan pengarkaan antara elektrod-elektrod.

Dandang gas-terbakar (Gas-fired boilers ) berfungsi dengan menggunakan sama ada propana atau gas semulajadi, manakala dandang minyak-terbakar (oil-fired boilers)  berfungsi menggunakan gasolin atau bendalir berasaskan petroleum

 

Contoh Penggunaan Dandang Industri

Terdapat begitu banyak penggunaan dandang yang berbeza. Dandang digunakan di dalam industri pemakanan. Pemprosesan makanan memerlukan pemanasan dan pendidihan di berbagai tahap produksi. Salah satu penggunaan menarik dandang ialah di dalam pembruan bir!

Dalam proses pembruan bir, malt tersebut perlu dikisar dan dicampurkan dengan air, sebuah proses dipanggil pelecekan. “Lecek” ini kemudian dihangatkan dengan menggunakan stim untuk beberapa jam sebelum yis digunakan untuk mencetuskan penapaian.

 

Rumusan

Mari kita semak semula beberapa perkara yang telah kita pelajari di dalam artikel ini.

Dandang ialah kelengkapan kejuruteraan yang sangat versatil dan penting, bukan sahaja untuk kita pada tahap domestik tetapi pada tahap komersial dan industri juga.

Untuk menghasilkan haba, kita memerlukan sumber bahan api. Reaksi daripada bahan api, haba dan agen pengoksidaan membenarkan reaksi untuk berlaku. Ini membenarkan sumber api terus-menerus dapat dihasilkan.

Dengan memanaskan tiub-tiub mengandungi air, dan menggunakan tiub api untuk memanaskan tangki, stim dapat dihasilkan pada tekanan yang sangat tinggi untuk menghasilkan jumlah tenaga yang besar!

Kami berharap anda menyukai pengenalan pendek mengenai dandang.

Di RealPars, pasukan kami yang terdiri daripada pakar bersedia menjawab persoalan anda dan menerima maklumbalas anda. Kami berbesar hati untuk mendengar cadangan anda mengenai tajuk yang anda mahu pasukan kami bincangkan.

Anda mempunyai kawan, klien, atau rakan sekerja yang dapat menggunakan sebahagian informasi ini? Sila kongsikan artikel ini.

Leave A Comment

All fields marked with an asterisk (*) are required